Monday, January 3, 2011

Padang futsal untuk belia

Kementerian Belia dan Sukan begitu proaktif dalam pembangunan belia pelbagai peruntukan disalurkan untuk merealisasikan belia sebagai pemangkin negara dan pembinaan padang futsal atau gelanggang serbaguna adalah salah satu wadah untuk belia.Padang futsal ini dibina setiap parlimen dan diagih kepada kawasan mengikut DUN.Para belia begitu bersemangat menunggu siapnya padang futsal yang dinanti sekian lama.

Apabila siap sahaja padang futsal ini akan diserah kepada JKKK atau Ngo yang akan dipertanggungjawab untuk tadbir urus gelanggang futsal tersebut.Padang Futsal  atau gelanggang serbaguna ini ,membolehkan para belia bermain pada waktu malam kerana dilengkapi dengan lampu begitu juga dengan kemudahan seperti tandas yang mempunyai bekalan air bersih juga turut disediakan bagi kemudahan serta keselesaan bersama.
Walaupun padang futsal ini dapat menjadi wadah riadah serta rekreasi kepada belia namun kadar sewa mengikut jam perlu dikaji bersama oleh pentadbir urus serta KBS harus memantau atau menetapkan garis panduan kadar sewa mengikut jam supaya tidak membebankan golongan belia.Jika bayaran bil elektrik dan air menjadikan alasan untuk mengenakan bayaran yang tinggi maka objektif KBS tidak akan tercapai terhadap belia.Pada dasar ianya dibina bukan untuk menjalankan perniagaan maka kadar bayaran tidak perlu setanding padang futsal swasta.Jika bayaran dikenakan secara minima maka penggunaan padang futsal ini akan lebih digunakan secara mutlak oleh golongan belia.
Untuk Pengetahuan golongan belia yang masih bersekolah amat aktif dan berminat untuk  bermain futsal namun masalah kadar bayaran yang dikenakan menjadi golongan ini pudar untuk turut sama bermain futsal,para ibubapa turut mengeluh apabila setiap minggu anak mereka menagih wang untuk bermain futsal dan tidak semestinya semua ibu bapa dapat memenuhi kemahuan anak mereka kerana bagi ibu bapa yang tidak ada punca pendapatan akan menjadi beban pula.Jika dilihat gelanggang Futsal atau serbaguna ini terbentang gah di dalam kampung atau tempat strategik dibina namun belia seolah-olah membiar sahaja wujudnya kerana tiada wang ,tiadalah permainannya lebih sanggup melepak di stesyen bas ,simpang-simpang jalan dan seumpamanya.
Gejala tidak sihat sentiasa menjerat para belia untuk menyumbang kadar statistik keruntuhan moral belia.Semoga pihak bertanggungjawb khususnya KBS memandang serius masalah yang wujud dengan terbinanya padang futsal ini maka ianya harus digunakan oleh golongan belia secara mutlak bukan menguntungkan pihak tertentu seolah-olah menjalankan perniagaan pula.Mungkin ada yang beranggapan isu remeh tapi itulah hakikatnya dan menjadi penghalang kepada belia bermain futsal dan menikmati kemudahan yang di sediakan.Kajian harus dilakukan untuk mendapat kebenarannya,bukan sekadar menelan begitu sahaja.
Peruntukan disalurkan jutaan ringgit untuk belia melalui pembinaan padang futsal  dan objektif pembinaannya tidak seharusnya gagal untuk belia dan KBS tidak seharusnya dilabelkan membazir wang negara.






No comments:

Post a Comment