Monday, January 3, 2011

JALANRAYA ROSAK SEPANJANG MUSIM TENGKUJUH

Apabila tiba musim tengkujuh masyarakat khususnya pengguna jalanraya resah dengan permukaan jalanraya yang berlubang-lubang dan merbahaya kepada semua.Jika keadaan ini tidak dikenalpasti dan diselenggara segera maka nyawa pengguna jalanraya sentiasa dalam bahaya,jika rim kereta bengkok boleh diganti,jika tayar pecah boleh diganti tetapi risiko tetap bahaya namun jika nyawa diragut hanya tangisan kesedihan kedengaran.

Mengapa dan kenapa hal ini terjadi sedemikian .Adakah struktur semulajadi menjadi penyebab atau struktur pembinaan yang perlu ditekankan dan dipantau secara tegas oleh pihak berkuasa.Apabila hujan sahaja tertanggal premix dengan mudah dan terbentuklah lubang-lubang besar dan tidak mustahil boleh meragut nyawa khususnya penunggang motorsikal , jika terjerelus dalam lubang maka maut menanti,mungkin kepatahan juga boleh diubat namun seksa menanggung lama untuk pulih.

Walau bagaimanapun masalah ini tidak harus di biarkan dan tindakan segera dengan menampal atau menutup lubang-lubang jalan -jalan yang terlibat oleh pihak berkuasa.Mungkin hal ini telah ada peruntukannya tersendiri namun tindakan harus digarap secara tersusun untuk keselesaan pengguna jalanraya.Masalah ini telah menjadi rutin kerja apabila musim tengkujuh maka pihak berkuasa telah profesional menjalankan tugas namun bagaimana untuk, mengelak dari terjadi bila musim tengkujuh harus di kenal pasti ,supaya kos atau peruntukan boleh di gunakan secara berhemah.

Pengguna jalanraya yang sering mengguna jalanraya di hadapan Bomba Gebeng pula berlainan pula nasibnya bukan lubang menjadi halangan namun paras air yang sering naik bila musim tengkujuh kerana kawasan tersebut merupakan laluan air maka jalan ditutup untuk laluan.Masalah ini telah lama berlaku namun tindakan sekadar meletak papan tanda sahaja .Mungkin pihak berkuasa telah pun membuat kajian namun menunggu peruntukan untuk mengatasinya.Kepakaran teknikal perlu diadaptasi segera bagi keselesaan pengguna jalanraya kelak.Jaringan jalanraya yang baik sekaligus mencerminkan pembangunan dan imej negara.

No comments:

Post a Comment