Monday, January 3, 2011

JALANRAYA ROSAK SEPANJANG MUSIM TENGKUJUH

Apabila tiba musim tengkujuh masyarakat khususnya pengguna jalanraya resah dengan permukaan jalanraya yang berlubang-lubang dan merbahaya kepada semua.Jika keadaan ini tidak dikenalpasti dan diselenggara segera maka nyawa pengguna jalanraya sentiasa dalam bahaya,jika rim kereta bengkok boleh diganti,jika tayar pecah boleh diganti tetapi risiko tetap bahaya namun jika nyawa diragut hanya tangisan kesedihan kedengaran.

Mengapa dan kenapa hal ini terjadi sedemikian .Adakah struktur semulajadi menjadi penyebab atau struktur pembinaan yang perlu ditekankan dan dipantau secara tegas oleh pihak berkuasa.Apabila hujan sahaja tertanggal premix dengan mudah dan terbentuklah lubang-lubang besar dan tidak mustahil boleh meragut nyawa khususnya penunggang motorsikal , jika terjerelus dalam lubang maka maut menanti,mungkin kepatahan juga boleh diubat namun seksa menanggung lama untuk pulih.

Walau bagaimanapun masalah ini tidak harus di biarkan dan tindakan segera dengan menampal atau menutup lubang-lubang jalan -jalan yang terlibat oleh pihak berkuasa.Mungkin hal ini telah ada peruntukannya tersendiri namun tindakan harus digarap secara tersusun untuk keselesaan pengguna jalanraya.Masalah ini telah menjadi rutin kerja apabila musim tengkujuh maka pihak berkuasa telah profesional menjalankan tugas namun bagaimana untuk, mengelak dari terjadi bila musim tengkujuh harus di kenal pasti ,supaya kos atau peruntukan boleh di gunakan secara berhemah.

Pengguna jalanraya yang sering mengguna jalanraya di hadapan Bomba Gebeng pula berlainan pula nasibnya bukan lubang menjadi halangan namun paras air yang sering naik bila musim tengkujuh kerana kawasan tersebut merupakan laluan air maka jalan ditutup untuk laluan.Masalah ini telah lama berlaku namun tindakan sekadar meletak papan tanda sahaja .Mungkin pihak berkuasa telah pun membuat kajian namun menunggu peruntukan untuk mengatasinya.Kepakaran teknikal perlu diadaptasi segera bagi keselesaan pengguna jalanraya kelak.Jaringan jalanraya yang baik sekaligus mencerminkan pembangunan dan imej negara.

Padang futsal untuk belia

Kementerian Belia dan Sukan begitu proaktif dalam pembangunan belia pelbagai peruntukan disalurkan untuk merealisasikan belia sebagai pemangkin negara dan pembinaan padang futsal atau gelanggang serbaguna adalah salah satu wadah untuk belia.Padang futsal ini dibina setiap parlimen dan diagih kepada kawasan mengikut DUN.Para belia begitu bersemangat menunggu siapnya padang futsal yang dinanti sekian lama.

Apabila siap sahaja padang futsal ini akan diserah kepada JKKK atau Ngo yang akan dipertanggungjawab untuk tadbir urus gelanggang futsal tersebut.Padang Futsal  atau gelanggang serbaguna ini ,membolehkan para belia bermain pada waktu malam kerana dilengkapi dengan lampu begitu juga dengan kemudahan seperti tandas yang mempunyai bekalan air bersih juga turut disediakan bagi kemudahan serta keselesaan bersama.
Walaupun padang futsal ini dapat menjadi wadah riadah serta rekreasi kepada belia namun kadar sewa mengikut jam perlu dikaji bersama oleh pentadbir urus serta KBS harus memantau atau menetapkan garis panduan kadar sewa mengikut jam supaya tidak membebankan golongan belia.Jika bayaran bil elektrik dan air menjadikan alasan untuk mengenakan bayaran yang tinggi maka objektif KBS tidak akan tercapai terhadap belia.Pada dasar ianya dibina bukan untuk menjalankan perniagaan maka kadar bayaran tidak perlu setanding padang futsal swasta.Jika bayaran dikenakan secara minima maka penggunaan padang futsal ini akan lebih digunakan secara mutlak oleh golongan belia.
Untuk Pengetahuan golongan belia yang masih bersekolah amat aktif dan berminat untuk  bermain futsal namun masalah kadar bayaran yang dikenakan menjadi golongan ini pudar untuk turut sama bermain futsal,para ibubapa turut mengeluh apabila setiap minggu anak mereka menagih wang untuk bermain futsal dan tidak semestinya semua ibu bapa dapat memenuhi kemahuan anak mereka kerana bagi ibu bapa yang tidak ada punca pendapatan akan menjadi beban pula.Jika dilihat gelanggang Futsal atau serbaguna ini terbentang gah di dalam kampung atau tempat strategik dibina namun belia seolah-olah membiar sahaja wujudnya kerana tiada wang ,tiadalah permainannya lebih sanggup melepak di stesyen bas ,simpang-simpang jalan dan seumpamanya.
Gejala tidak sihat sentiasa menjerat para belia untuk menyumbang kadar statistik keruntuhan moral belia.Semoga pihak bertanggungjawb khususnya KBS memandang serius masalah yang wujud dengan terbinanya padang futsal ini maka ianya harus digunakan oleh golongan belia secara mutlak bukan menguntungkan pihak tertentu seolah-olah menjalankan perniagaan pula.Mungkin ada yang beranggapan isu remeh tapi itulah hakikatnya dan menjadi penghalang kepada belia bermain futsal dan menikmati kemudahan yang di sediakan.Kajian harus dilakukan untuk mendapat kebenarannya,bukan sekadar menelan begitu sahaja.
Peruntukan disalurkan jutaan ringgit untuk belia melalui pembinaan padang futsal  dan objektif pembinaannya tidak seharusnya gagal untuk belia dan KBS tidak seharusnya dilabelkan membazir wang negara.






Sunday, January 2, 2011

bangunan mercu tanda bagi ahli kpkp di daerah rompin

 Mercu tanda ini menjadi kebanggaan ahli koperasi kakitangan kerajaan negeri pahang khususnya di daerah rompin.Lokasinya terletak di pusat bandar dan amat strategik untuk mencambah sumber pendapatan kpkp seperti bidang perhotelan budget , memandangkan daerah ini merupakan kawasan pelancongan dan permintaan sentiasa tinggi pada setiap masa.Waima restoran makanan segera juga jika digarap dengan sempurna akan membantu mencapai keuntungan.Meskipun jika dilihat di sekitar bandar ini dipenuhi dengan bangunan sarang burung walit yang menjadi igauan masyarakat untuk meraih keuntungan dan tidak mustahil projek sarang burung walit turut menjadi bidang pelaburan kpkp kelak.Walauapa pun semoga kpkp terus mara bersama ahli khususnya di daerah rompin dan kebajikan ahli sentiasa diutamakan.